comscore
Tumpuan :
Santai

‘Fun Walk’ Sambil Bersihkan Sampah Sempena Hari Malaysia

Oleh Zahir Senapiah

PONTIAN : Sempena sambutan Hari Malaysia, Taman Negara Johor Tanjung Piai dan Persatuan Pesara Polis Negeri Johor menganjurkan aktiviti ‘Fun Walk’ sambil membersihkan sampah sarap di kawasan paya bakau tersebut.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Negeri Johor, Taufik Bahar berkata aktiviti itu juga dijalankan serentak bersempena ‘World Cleanup Day’ bermula hari ini.

Turut serta menjayakan program berkenaan komuniti setempat termasuk dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Pontian dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDKK) Sinar Bakti.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini kita bersama-sama masyarakat menjalankan aktiviti membersihkan sampah sarap yang terdapat di kawasan paya bakau di Taman Negara Johor Tanjung Piai ini.

“Kita berharap dengan aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan paya bakau dan menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya ketika ditemui media pagi tadi.

Menurut Taufik, sehingga bulan lalu kira-kira enam tan sampah yang hanyut dari laut ke paya bakau di Taman Negara berkenaan dikumpul dan dibersihkan.

Justeru, beliau mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat untuk bersama-sama menjayakan aktiviti mengutip sampah sepanjang ‘World Cleanup Day’ yang berlangsung sehingga 25 September ini.

Yang Dipertua Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Cawangan Pontian, Rashid Jusoh berkata, ini kali pertama pihaknya terlibat dalam akvititi membersihkan sampah sarap di Taman Negara.

“Kita jalankan aktiviti Fun Run dan membersihkan sampah sarap ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia, sambil beriadah kita menyumbang kepada kelestarian alam sekitar khususnya di Taman Negara ini,” katanya.

Lebih 300 ahli Persatuan Pesara Polis Negeri Johor turut serta dalam aktiviti itu.

Loading...
Terkini