SINAI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB), Antonio Guterres tiba di Sinai, Mesir bagi menyegerakan penyaluran bantuan ke Gaza.
Justeru ketika ini, perbincangan berlangsung bagi menetapkan pelepasan bantuan kemanusiaan yang telah dikumpul di Mesir.
Semalam, Amerika Syarikat menyatakan butiran perjanjian bagi menghantar bantuan melalui Rafah antara Sinai dan Gaza masih dijalankan.
Terdahulu, Amerika Syarikat berkata persetujuan telah dicapai untuk laluan 20 trak pertama namun menurut pegawai PBB sebarang penyampaian bantuan perlu dilakukan secara berskala dan secara berterusan.
Sebelum konflik terbaharu tercetus, kira-kira 450 trak bantuan tiba di Gaza setiap hari dengan rafah satu-satunya sempadan yang boleh dilalui untuk ke Gaza.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Empat hospital tampung 150% pesakit di Gaza, lumpuh
- Hadi: Malaysia perlu teruskan sikap tegas perjuang isu umat Islam
- Malaysia, Palestin sepakat usaha tuntas perlu hentikan keganasan di Gaza
- 300 berhimpun depan kedutaan AS bantah serangan ke atas Palestin
- Putera Mahkota Arab Saudi gesa operasi ketenteraan di Gaza dihentikan