comscore
Tumpuan :
Nasional

Lembu bunting jadi mangsa Pak Belang

Seekor lembu betina bunting yang ditemui mati dipercayai dibaham harimau di Kampung Bukit Lanjut, Pendang, Kedah. – FOTO: APM

PENDANG: Seekor lembu betina bunting ditemui mati dipercayai dibaham seekor harimau di Kampung Bukit Lanjut, di sini tengah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 12.21 tengah malam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati lembu betina bunting itu sudah mati dengan kesan darah di bahagian badan dan muka.

“Berdasarkan maklumat daripada pengadu, sebelum kejadian dia terdengar ‘jeritan’ lembu berkenaan di belakang rumah sebelum keluar melihat apa yang berlaku.

“Namun selepas dua kali terdengar bunyi harimau mengaum, dia masuk ke rumah dan menghubungi APM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anggota APM melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebelum mendapati harimau sudah tiada di lokasi.

Loading...
Terkini