comscore
Tumpuan :
Nasional

WCE kedua-dua arah ditutup sementara Ahad ini

Kenyataan dikeluarkan West Coast Expressway di laman Facebook mereka.

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan ditutup sementara dari kedua-dua arah Persimpangan Lekir hingga Persimpangan Taiping Selatan bagi memberi laluan kepada acara berbasikal RHB Century Ride 2024, Ahad ini.

Laluan itu dijadual ditutup dari jam 2 pagi sehingga 5 petang dengan lencongan jalan akan dilaksanakan bermula antara WCE/Jalan Persekutuan FT5 di Batu 14 Lekir serta di WCE/Jalan Persekutuan FT50/PLUS Changkat Jering.

Perkara itu dimaklumkan WCE dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Pengguna disarankan untuk menggunakan laluan alternatif dan rancang perjalanan dengan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Infoline WCE di 1700816600.

“Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna Lebuhraya WCE. Segala kesulitan amatlah dikesali,” tulis WCE dalam hantaran berkenaan.

Seramai 3,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai kayuhan RHB Century Ride 2024 yang bermula dan berakhir di Plaza tol Lekir sejauh 160 kilometer (km) sekali gus bakal merancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2024.

RHB WCE Century Ride 2024 merangkumi tiga jarak laluan iaitu 160km, 90km dan 28km membabitkan kategori lelaki dan wanita.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini