comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kebakaran 2 kilang cat di Meru masih belum dipadam sepenuhnya

KAPAR: Kebakaran dua buah kilang cat di Taman Perindustrian Meru, di sini awal pagi tadi masih belum dapat dipadam sepenuhnya.

Setakat jam 10.30 pagi, kepulan asap tebal masih dilihat menyelubungi persekitaran Jalan Korporat.

Ketika ini, operasi memadam kebakaran masih lagi dijalankan.

Dalam pada itu, bahang daripada kebakaran dipercayai memberi kesan kepada kenderaan yang terletak berhampiran dengan kilang berkenaan.

Plat dan lampu beberapa kenderaan berhampiran cair dan rosak dipercayai akibat bahang api kebakaran berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

Seramai 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, BBP Bukit Jelutong, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang, BBP Shah Alam, BBP dan BBP Rawang segera dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, api sedang marak dan sebahagian besar kilang sudah dijilat api.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini