comscore
Tumpuan :
Dunia

Negara Arab ‘masih’ bincang meskipun lebih 34,000 rakyat Palestin telah jadi korban

FOTO: Reuters

RIYADH: Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab pada Sabtu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Gaza.

Ia dipengerusikan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud.

Mesyuarat dihadiri Timbalan Perdana Menteri Jordan yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ekspatriat Ayman Al-Safadi; Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin, (PLO), Hussein Al-Sheikh; Penasihat Diplomatik Presiden Emiriah Arab Bersatu, (UAE), Anwar bin Mohammed Gargash dan Menteri Luar Qatar, Dr. Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifi.

Agensi berita Saudi, (SPA) melaporkan, menteri berkenaan menekankan keperluan menamatkan serangan ke atas Gaza dan mencapai gencatan senjata komprehensif segera serta memastikan perlindungan orang awam berlandaskan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Mereka juga menggesa segala sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke semenanjung itu ditarik balik.

Turut dizahir, sokongan segala usaha menyasarkan pengiktirafan negara Palestin merdeka di peringkat antarabangsa, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Liga berkenaan juga memberi amaran tindakan berterusan Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur yang menggugat usaha penyelesaian dua negara.

Ia termasuk peluasan penempatan, rampasan tanah, operasi ketenteraan terhadap warga Palestin, serangan peneroka dan mengehadkan kebebasan umat Islam dan penganut Kristian beribadat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini