comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan udara terbaharu Rafah ragut 13 nyawa rakyat Palestin

FOTO: Reuters

KAHERAH: Serangan udara terbaharu Israel ke atas tiga kediaman di Rafah meragut 13 nyawa dan mencederakan ramai yang lain.

Menurut pegawai perubatan, serangan itu dilancarkan beberapa jam sebelum rundingan gencatan senjata Israel-Hamas dimulakan di Mesir.

Media Hamas menganggarkan angka kematian mencecah 15 orang, manakala pegawai kesihatan turut mengesahkan pesawat Israel menyerang dua rumah dan menyebabkan kematian serta mencederakan beberapa orang di Gaza.

Meskipun mengadakan runding dengan Hamas, Israel masih meneruskan ikrarnya untuk menghapuskan kumpulan pejuang itu yang mengawal Gaza, dan sehingga kini lebih 34,000 rakyat Palestin menjadi korban, dengan 66 pembunuhan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

FOTO: Reuters

Keganasan rejim ini mengakibatkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk dipindahkan dan berada di sebahagian besar kawasan Rafah yang kini dikepung.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi menyemak rundingan dalam memastikan pembebasan tebusan sejak serangan 7 Oktober lalu dan mekanisme terbaik yang semestinya memberi kelebihan kepada sekutu itu dalam melakukan gencatan senjata serta-merta di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini