Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tanah Runtuh: DBKL pasang kanvas elak runtuhan susulan

 

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang kanvas bagi menstabilkan tanah di lokasi runtuhan berhampiran Wisma YPR, Jalan Syed Putra, ibu negara awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Kanan (Awam) Jabatan Kerja Awam dan Saliran DBKL, Mohd Ali Paimin berkata kerja-kerja berkenaan akan disiapkan hari ini.

Mohd Ali Paimin
Timbalan Pengarah Kanan (Awam) Jabatan Kerja Awam dan Saliran DBKL

“Tindakan awal oleh DBKL kami akan buat tindakan awalan di mana pihak kontraktor kami akan buang tanah yang didapati tidak stabil” katanya ketika membuat tinjauan di lokasi tanah runtuh berhampiran Wisma YPR.

Katanya, setakat ini bangunan berhampiran kawasan kejadian selamat diduduki namun pihaknya perlu membuang rekahan tanah dan bongkah terlebih dahulu.

Di samping itu  DBKL akan mengeluarkan notis kepada pihak pemilik untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian awal pagi tadi seorang pengawal keselamatan berusia 70-an  maut selepas tertimbus pada kedalaman tiga meter akibat tanah runtuh.

Loading...
Terkini