comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami isteri didakwa cederakan dua anak

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan mendera dua anak mereka berusia lima dan enam tahun.

Tertuduh, Noor Aliff Redzwan Zakaria  29 dan Nur Syafiqah Rosli, 29, didakwa menganiaya anak lelaki dan perempuan mereka hingga menyebabkan kecederaan.

Dua kanak-kanak terbabit adalah anak tiri tertuduh pertama dan anak kandung tertuduh kedua.

Pasangan berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Perumahan Pandan Damai, Bukit Rangin, di sini, Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.

Hakim, Mohammed Mokhzani Mokhtar menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM12,000 .

Mahkamah turut memerintahkan  mereka tidak mendekati mangsa yang kini dijaga nenek mereka .

Suami isteri itu juga dikehendaki melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.

Loading...
Terkini