Tumpuan :
Nasional

Kompleks PERYATIM untuk semua anak yatim tanpa kira agama

SIBU: Kompleks Lembaga kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) bukan hanya dikhas untuk membantu anak-anak yatim yang beragama Islam sahaja sebaliknya ia diwujud untuk membantu semua tanpa mengira agama dan latar belakang mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, visi asal penubuhan PERYATIM adalah untuk menjaga kebajikan semua kanak-kanak yang tergolong dalam kategori anak yatim sama ada mereka yang telah kehilangan Ibu atau bapa serta keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberikan jagaan sebaiknya kepada anak-anak terbabit.

“Kita boleh menghantar anak-anak yatim ke sini (kompleks PERYATIM) supaya mereka terjaga, kadang-kadang ada keluarga tidak mampu untuk menjaga anak-anak, anak buah ataupun cucu mereka.

“Jadi bolehlah hantar ke PERYATIM supaya PERYATIM boleh membantu menguruskan mereka dan masa cuti sekolah mereka akan dihantar balik ke kampung dan sebagainya,” katanya

Beliau berkata demikian berucap selepas melakukan lawatan ke Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang di Sibu.

Kompleks terbabit merupakan salah satu daripada empat kompleks PERYATIM di Sarawak dengan tiga lagi di Kuching, Bintulu dan Miri.

Loading...
Terkini