Tumpuan :
Uncategorized

E-SUKAN : MPL Malaysia Terima Anugerah ‘Malaysia Book Of Records’

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

KUALA LUMPUR: Kejohanan e-sukan, Liga Professional ‘Mobile Legends: Bang Bang’,  MPL Malaysia bakal menerima anugerah ‘Malaysia Book of Records’ sebagai liga e-sukan paling lama di Malaysia.

Sejak 2017, saingan liga ini telah melahirkan lebih lima ratus bakat baharu dalam sukan ini dengan Malaysia turut diangkat sebagai salah satu negara gergasi dalam permainan MLBB.

“Kami sangat berbangga untuk menerima anugerah ini, ia menjadi bukti terbaik kerja keras yang telah dilakukan dalam komuniti ini dan juga pasukan-pasukan yang terbabit.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada MBOR di atas anugerah ini, dan kami akan lakukan yang terbaik untuk memberikan pengalaman istimewa kepada peminat-peminat yang menyaksikan acara ini,” kata Pengurus Bisnis dan Pemasaran MPL Malaysia, Fikri Rizal Mahruddin.

MPL Malaysia merupakan kejohanan sulung bagi permainan MLBB dengan pasukan IDNS SG muncul pemenang pertama.

Memasuki musim keempat, pasukan dari Malaysia, Geek Fam akhirnya berjaya meraih kejuaraan dan ia disusuli dengan beberapa lagi pasukan gergasi tempatan seperti RSG MY, TODAK dan Team SMG.

Dan sudah memasuki musim ke 10 ketika ini, kejohanan turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD100,000 dengan tiket automatik ke Kejohanan Dunia M4 di Jakarta, Indonesia Januari tahun depan menjadi rebutan.

Anugerah MBOR akan disampaikan kepada MPL Malaysia pada Grand Final musim ke 10 yang akan berlangsung di Quill City Mall 16 Oktober nanti.

Loading...
Terkini