comscore
Tumpuan :
Uncategorized

Bajet 2023: RM2.55 Bilion Untuk Pembangunan Luar Bandar

KUALA LUMPUR: Peruntukan bernilai RM2.55 bilion disediakan bagi kemudahan infrastruktur luar bandar dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan beberapa projek.

Ia membabitkan projek jalan luar bandar dan perhubungan desa hampir 500 kilometer (km), bernilai RM1.5 bilion yang akan memanfaatkan lebih 110,000 penduduk, antaranya dari Kampung Orang Asli Bawong Kuala Kangsar ke Rancangan Penempatan Semula Kemar, Perak.

Selain itu, projek Bekalan Elektrik Luar Bandar membabitkan peruntukan RM472 juta yang akan memanfaatkan penghuni 2,100 rumah serta kerja awalan bagi membina 85 jambatan baharu, menggantikan kemudahan uzur dan tidak selamat dengan peruntukan berjumlah RM54 juta.

Projek Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Air Alternatif bernilai RM381 juta bagi manfaat penghuni 4,800 rumah, antaranya di Ladang RISDA Palong di Jempol, Negeri Sembilan serta projek Lampu Jalan Kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan membabitkan kos RM123 juta. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini