PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mendakwa gabungan itu mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat baharu.
“Kami telah memukamtadkan persefahaman dengan ahli parlimen lain. Apa yang saya ingin katakana ialah kami mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan,” kata Datuk Seri Anwar pada sidang media di sini.
Anwar tidak memberikan butiran mengenai persefahaman yang dijallin dengan ahli parlimen lain, namun beberapa kali menegaskan PH mempunyai sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Ditanya mengenai kemungkinan PH akan bekerjasama dengan Bn untuk menerajui Putrajaya, Anwar berkata : “Saya takkan layan khabar angin,.
Datuk Seri Anwar berkata PH yang setakat ini menang 81 kerusi parlimen adalah blok terbesar bersama Muda dan berjaya memperolehi sokongan ahli parlimen lain dalam bentuk “dokumen” yang akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong secepat mungkin.
Datuk Seri Anwar berkata adalah mustahil Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu membentuk kerajaan “kerana kami mempunyai bukti sokongan (yang diperlukan).”
Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin berkata PH sedang mengusahakan pembentukan kerajaan campuran dengan parti lain, kecuali PH, setelah memenangi 73 kerusi parlimen.