comscore
Tumpuan :
Nasional

220 atlet tak dapat teruskan latihan kerana politik tak stabil – Hannah

 

KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan khusus untuk pelaksanaan program latihan senior di bawah program podium berikutan ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara selama empat tahun menyebabkan 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata dalam butiran Bajet 2022 yang dibentangkan pada Oktober 2021, tidak ada dinyatakan peruntukan untuk program podium 2022 sehingga menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan utama bagi 2022 antaranya Sukan SEA Vietnam, Sukan Birmingham dan Sukan ASEAN.

Dalam tempoh empat tahun juga katanya, berlaku tiga pertukaran menteri yang menyebabkan pertukaran bajet, fokus dan ahli lembaga pengarah.

“Kesannya seramai 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan memandangkan tiada peruntukan khusus diberikan untuk pelaksanaan program latihan senior di bawah program podium.“Pada masa sama MSN terpaksa mengagih dan menggunakan peruntukan dalaman bagi memastikan elaun latihan atlet dan gaji jurulatih diteruskan tanpa penangguhan untuk tidak menjejaskan prestasi atlet sedang dalam latihan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang meminta Yeoh menjelaskan kenyataannya mengenai ketidakstabilan politik punca pencapaian buruk di Sukan SEA di Kemboja 2023.

Loading...
Terkini