comscore
Tumpuan :
Tular

Video Berpesta, Menari di Pulau Perhentian Video Lama

Foto: HARIAN METRO

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan berhubung penularan sebuah video yang mendakwa berlakunya aktiviti tidak bermoral di Pulau Perhentian, Besut pada 10 September lalu.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, laporan polis sudah dibuat bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung penyebaran video berkenaan yang memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan pegawai penguat kuasa syariah daerah Besut mendapati ia adalah video lama yang ditularkan semula.

Memang kita sudah semak dan tidak berlaku sebagaimana video yang ditularkan pada 10 September lalu.

“Malah, ketika itu, pelancong pun tidak ramai kerana perlawanan akhir Piala FAdi Stadium Nasional Bukit Jalil dan semakan kita juga mendapati video berkenaan sudah dipadamkan.

“Kita pandang serius isu ini dan kita serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik video memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari yang didakwa berlaku di sebuah lokasi di Pulau Perhentian, Besut pada 10 September lalu.- Harian Metro

Loading...
Terkini