KEBELAKANGAN ini, ramai yang berkongsikan tentang kadar kemasukan ke hospital yang meningkat susulan jangkitan influenza1.
Jangkitan ini kebiasaannya memberikan simptom yang sama seperti Covid-19 iaitu demam, batuk, selsema, sakit tekak dan kesukaran bernafas.
Namun, apa yang membimbangkan, jangkitan wabak influenza ini mampu memberikan kesan yang lebih buruk kepada mereka yang berisiko tinggi seperti wanita mengandung, kanak-kanak dan warga emas berusia 60 tahun keatas.
Warga emas terutamanya berdepan dengan risiko seperti pneumonia, serangan jantung, strok bahkan boleh mendorong kepada kematian apabila terjangkit wabak influenza ini2.
Warga emas berisiko jangkitan influenza
Malaysia secara rasminya menjadi negara yang semakin menua, dengan lebih 3.8 juta rakyatnya berumur 60 tahun dan ke atas.
Ia bersamaan dengan hampir 11.3 peratus daripada populasi keseluruhan negara ini dan dijangka meningkat sehingga melebihi 15 peratus3.
Menurut Pengerusi, Jawatankuasa Kecil Pakar Penyakit Berjangkit, Daftar Pakar Kebangsaan dan Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Christopher Lee, terdapat peningkatan kluster influenza yang dilaporkan di seluruh negara.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat (US CDC), sehingga 85% daripada semua kematian yang dilaporkan berkaitan influenza juga berlaku dalam kalangan mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas4.
Namun begitu, perhatian terhadap jangkitan influenza dalam kalangan warga emas di negara kita masih rendah walaupun ia jelas memberikan kesan yang teruk kepada mereka yang terjangkit.
Oleh itu, kes-kes jangkitan influenza yang membabitkan warga emas adalah sangat membimbangkan kerana mereka lazimnya turut menderita penyakit lain.
Kesan influenza pada warga emas
Ramai pihak beranggapan bahawa influenza hanyalah gangguan sementara dan memberikan kesan ringan seperti selesema biasa.
Namun, bagi kumpulan rentan seperti warga emas, kesan yang dirasai akibat jangkitan ini lebih teruk kerana sistem imunisasi mereka semakin lemah seiring peningkatan usia dan menjadikan badan lebih sukar bertindak balas terhadap jangkitan influenza5.
Bagi pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes dan kolesterol tinggi, jangkitan influenza boleh menyukarkan lagi usaha mengawal paras gula dalam darah, malahan mampu menyebabkan paras gula mencanak naik ke tahap berbahaya dalam sesetengah kes6.
Risiko kematian akibat influenza juga adalah lima kali lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang menghidapi masalah jantung dan 20 kali lebih tinggi bagi mereka yang menghidapi penyakit paru-paru7.
Oleh kerana penyakit kronik ini lebih biasa dalam kalangan warga emas, ia menyebabkan mereka lebih rentan terhadap jangkitan influenza dan memerlukan perlindungan yang lebih daripada golongan dewasa.
Namun, apa yang menyedihkan, masih ramai yang beranggapan bahawa vaksin hanyalah untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Hakikatnya, orang dewasa juga memerlukan suntikan vaksin ini, terutamanya warga emas yang mungkin terdedah kepada virus ini melalui interaksi dengan anak dan cucu yang tinggal serumah.
Vaksinasi selamat dan jimat
Menguruskan influenza dan komplikasinya mampu menelan banyak kos penjagaan kesihatan, dengan kos langsung dan tidak langsung yang meningkat selaras dengan pertambahan umur serta keperluan untuk kemasukan ke hospital.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), vaksinasi influenza bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak 1945, pelbagai penyelidikan sudah pun dilakukan terhadap vaksin influenza dengan penyelidikan meluas yang membuktikan keselamatan penggunaannya8.
Beberapa buah negara Asia seperti Singapura, Thailand, Korea mula menyediakan vaksin influenza percuma kepada golongan berisiko terutamanya warga emas berusia 60 tahun keatas.
Lebih daripada 500 juta dos vaksin influenza juga turut diedarkan ke seluruh dunia pada tahun 20199.
Inisiatif memberikan vaksinasi influenza tahunan kepada kumpulan berisiko tinggi boleh dilihat sebagai langkah yang lebih praktikal dalam menangani jangkitan ini sekali gus memberi penjimatan kos penjagaan kesihatan.
Vaksinasi influenza tahunan dianggarkan mampu memberi penjimatan kos yang tinggi bagi setiap warga emas yang divaksin serta diyakini menjadi kaedah paling berkesan untuk mengurangkan risiko kemasukan ke hospital, komplikasi dan kematian akibat jangkitan influenza10.
Justeru, peruntukan pembiayaan oleh kerajaan dalam menyediakan vaksin influenza tahunan percuma buat kelompok umur 60 tahun dan ke atas dalam usaha membantu melindungi kesihatan dan kualiti hidup mereka adalah penting.
Dalam keadaan populasi yang semakin menua, keutamaan vaksinasi influenza tahunan bersubsidi penuh seperti ini harus diberikan kepada warga emas demi melindungi mereka daripada menerima komplikasi yang lebih serius.
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa turut menegaskan bahawa pemberian vaksinasi influenza tahunan secara percuma juga adalah sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat terutama warga emas11.
Oleh itu, rakyat Malaysia diseru untuk menandatangani petisyen https://www.change.org/p/permohonan-vaksinasi-influenza-tahunan-percuma-untuk-warga-emas-malaysia bagi melindungi yang tersayang.
Orang ramai juga dinasihati sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak dan amalkan langkah mencuci tangan dengan kerap.
Hubungi doktor atau kunjungi klinik swasta berhampiran bagi mendapatkan vaksinasi influenza tahunan anda.
Rujukan
1.Kosmo: “Anak kena influenza, cari katil kosong di 4 hospital” https://www.kosmo.com.my/2023/07/31/ibu-bapa-bimbang-anak-anak-mudah-dijangkiti-influenza/.Accessed 1 August 2023
2.5 World Health Organization. Influenza (Seasonal). https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/influenza-(seasonal) Accessed 28 June 2023.
3.Department of Statistics Malaysia. Current Population Estimates: Malaysia 2023.https://dosm.gov.my/uploads/release-content/file_20230731104710.pdf Accessed 1 August 2023.
4.US Centers for Disease Control. Influenza (Flu): Adults 65 and Over, https://www.cdc.gov/flu/highrisk/65over.htm. Accessed 12 May 2022.
5.Felipe Villar-Álvareza, David de la Rosa-Carrillob, Fernando Fariñas-Guerreroc, and Carlos A. Jiménez-Ruizd. Immunosenescence, Immune Fitness and Vaccination Schedule in the Adult Respiratory Patient. Open Respiratory Archives, Vol. 4. Issue 3. (July – September 2022). https://www.elsevier.es/en-revista-open-respiratory-archives-11-articulo-immunosenescence-immune-fitness-vaccination-schedule-S2659663622000273. Accessed 13 July 2023
6.US Centers for Disease Control. Influenza (Flu): Diabetes, https://www.cdc.gov/flu/highrisk/diabetes.htm . Accessed 13 September 2022.
7.Medscape. Flu Can Be Catastrophic in Older Patients: 5 Things to Know. https://www.medscape.com/viewarticle/919668. Accessed 28 June 2023.
8.World Health Organization (History of influenza Vaccine): https://www.who.int/news-room/spotlight/history-of-vaccination/history-of-influenza-vaccination. Accessed 11 August 2023.
9.IFPMA (Influenza Vaccine distributed worldwide) https://www.ifpma.org/areas-of-work/improving-health-security/influenza/#:~:text=In%202019%2C%20IVS%20Task%20Force,million%20seasonal%20influenza%20vaccines%20worldwide. Accessed 11 August 2023.
10.Udell, Jacob A et al. “Association between influenza vaccination and cardiovascular outcomes in high-risk patients: a meta-analysis.” https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24150467/. Accessed 11 August 2023.