Tumpuan :
Tular

Saya Akui Kesalahan Dibuat, Jadi Kena Tanggung Akibatnya – Haqiem Stopa

Kuala Lumpur: Pempengaruh atau ‘influencer’ Haqiem Stopa, 22, mengakui disaman kerana tidak memiliki lesen memandu dan perlu menanggung akibatnya.

Sejak semalam, Haqiem menerima kecaman dan menjadi bahan jenaka netizen selepas tular gambar seorang lelaki ditahan polis dan surat saman di laman sosial.

Menjelaskan perkara sebenar, Haqiem mengakui dia ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya, kelmarin.

Bagaimanapun Haqiem menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal sebaliknya ditahan ketika memandu kereta.

Katanya, hanya satu notis saman dengan nilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya dan bukan banyak seperti didakwa segelintir netizen.

“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.”

Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.

“Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas”

“Lagipun memang betul saya bersalah”

Bagaimanapun apa yang membuatkan Haqiem kesal ialah gambar dengan notis saman tertera butiran peribadinya ditularkan.

“Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu.

“Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.

“Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.

“Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Audi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Loading...
Terkini