PETALING JAYA: Tular sejak semalam sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal warga asing yang mengkritik keadaan jalan raya di negara ini yang boleh membahayakan pengguna.
Penunggang ‘mat saleh’ itu bukan sahaja mempersoalkan banyak jalan berlubang di Malaysia malah tanggungjawab pihak berkuasa dalam membaik pulih jalan raya di negara ini.
Video berdurasi 49 saat yang dikongsikan pengguna laman Twitter, Eppy Fizul.
“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik sedangkan tidak ramai orang datang ke sini,” katanya.
Dia juga turut membandingkan keadaan jalan raya di sebuah negara terpencil yang dikatakan lebih baik berbanding di Malaysia.
“Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda,” katanya.
Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen Malaysia yang rata-rata setuju dengan kritikan pedas warga asing tersebut