comscore
Tumpuan :
Tular

Polis Siasat Video Operasi MPKK Aniaya Binatang

Polis menerima dua laporan berhubung satu video tular yang memaparkan visual tindakan yang dianggap kejam ketika operasi penghapuskan binatang liar, di Kulim.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan terperinci dijalankan bagi mengenalpasti undang-undang dan prosedur operasi standard yang digunapakai dalam tindakan bagi melupuskan haiwan liar yang berkeliaran.

Kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

Siasatan itu merujuk sebuah video tular yang mendakwa penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) menjalankan operasi menangkap dan melupuskan anjing liar di Taman Tiram.

Loading...
Terkini