comscore
Tumpuan :
Tular

Lelaki Lagak Samseng Sudah Ditahan Polis

SHAH ALAM: Polis mengesahkan tangkapan terhadap pemandu kereta Honda City yang bertindak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah jalan, sehingga memaksa kenderaan mangsa di bahagian belakang melakukan brek mengejut.

Insiden dipercayai berpunca akibat salah faham dan video kejadian turut tular di media sosial.

Berdasarkan keterangan di laman Twitter @syats, insiden berlaku ahad lalu di laluan tengah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Shah Alam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, semakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam dapat mengesan pemilik kereta berkenaan. Difahamkan, kenderaan itu didaftarkan di atas nama seorang wanita yang menetap di ibu negara.

Soal siasat terhadap wanita itu mendapati, sewaktu kejadian, kereta berkenaan dipandu oleh bekas teman lelakinya.

Difahamkan suspek yang juga bekerja sebagai pemandu lori berusia 36 tahun itu, ditangkap di perkarangan IPD Shah Alam jam 7 petang tadi dan akan direman esok untuk membantu siasatan.

Loading...
Terkini