comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwaan ayam dijual tak disembelih ikut syarak disiasat

Foto tular

KUALA KANGSAR: Satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berhubung dakwaan ayam segar yang dijual secara pembungkusan di sebuah pasar raya di sini tidak disembelih mengikut syarak sekali gus didakwa tidak halal.

Jelas Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, siasatan berkenaan akan dilakukan Bahagian Pengurusan Halal jabatan itu meskipun pihaknya masih belum menerima sebarang aduan rasmi berkenaan perkara yang tular di media sosial itu.

“Insya-Allah kita akan siasat. Ya benar, JAIPk akan tetap menyiasatnya (walaupun hanya berdasarkan dakwaan di media sosial tanpa aduan rasmi),” katanya ketika dihubungi melalui WhatsaApp di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang pengguna Facebook (FB) menggunakan akaun bernama Fathin Elida yang memuat naik hantaran di kumpulan FB ‘Anak Kuala Kangsar’ mengenai isu terbabit, semalam.

Berdasarkan hantaran yang disertakan dengan gambar ayam segar dibungkus itu, Fathin meminta pengguna FB yang lain membincangkan mengenai tindakan pekerja pasar raya terbabit yang sering berdalih apabila diminta memberikan bersama kepala ayam segar sewaktu ia dibeli.

Ayam segar berkenaan digambarkan oleh Fathin sebagai tidak disembelih mengikut syarak sekali gus ia tidak halal dimakan apabila terdapat kesan tebukan atau cucukan pada lehernya.

Loading...
Terkini