Berita berhubung kematian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak benar, sebaliknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Menurut satu hantaran kenyataan di Facebook rasminya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang berita tidak benar berhubung keadaan Tan Sri Abdul Khalid bagi menjaga sensitiviti keluarga yang kini sedang berdepan situasi sukar.
“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid”, katanya.