TRAGEDI | Seorang pejalan kaki maut akibat dilanggar sebuah kereta sebelum ia terbabas dan terjunam ke dalam sungai di sini, pagi tadi.
Video Ihsan JBPM Pahang pic.twitter.com/RKgTq5m5xx
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) March 25, 2023
PEKAN: Seorang pejalan kaki maut akibat dilanggar sebuah kereta sebelum ia terbabas dan terjunam ke dalam sungai di sini, pagi tadi.
Nahas berlaku di jalan Pekan – Rompin dekat kampung Merchong, Nenasi, Pekan kira-kira jam 9.40 pagi .
Kemalangan menyebabkan seorang daripada dua mangsa di dalam kereta terbabit cedera manakala seorang lagi dihanyutkan arus sungai.
Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang giat dijalankan pasukan bomba dan penyelamat Kuantan dan Kuala Rompin.
Berita lanjut menyusul