Struktur ‘Kren Launcher’ pembinaan lebuh raya dilaporkan jatuh dan menghempap sebuah kereta, mengakibatkan pemandunya cedera parah.
Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.
Dua orang pekerja projek pembinaan tersebut disahkan meninggal dunia akibat jatuh setinggi 120 kaki.
Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuhrayadan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan anggota bomba