comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh di tapak perkhemahan, lebih 60 dikhuatiri terperangkap

BATANG KALI : Lebih 60 orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di sini pada awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

“Kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran ‘Father Organic Farm’ dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan”

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar”

“Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan,” katanya .

Setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.

Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turun telah diaktifkan untuk penyelamatan mangsa yang masih terperangkap

Loading...
Terkini