comscore
Tumpuan :
Tragedi

Tanah jerlus di Batang Kali

HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian tanah jerlus di jambatan berhampiran Jalan Kampung Kuantan, Batang Kali, di sini, hari ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, bagaimanapun berkata kejadian itu tidak membabitkan struktur jambatan dan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.

Pihak bomba sebelum itu melakukan pemantauan banjir susulan hujan lebat. Namun tiada banjir berlaku dan keadaan terkawal.

Pihak bomba sebelum itu melakukan pemantauan banjir susulan hujan lebat. Namun tiada banjir berlaku dan keadaan terkawal.

“Terdapat tanah jerlus berhampiran jambatan terbabit berkeluasan 1.2 meter dengan kedalaman tiga meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya percaya tanah jerlus itu berlaku disebabkan disebabkan cuaca hujan tidak berhenti.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemantauan berterusan di lokasi, manakala polis menutup satu laluan kepada pengguna jalan raya iaitu laluan ke Batang Kali.

“Kepada orang ramai yang melalui laluan itu, elakkan keluar ketika hujan khususnya penunggang motosikal.

“Jika hujan berterusan, berhenti dan berteduh di kawasan yang selamat,” katanya. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini