comscore
Tumpuan :
Super Highlight

Pencangkuk mesin padi patah, lelaki temui ajal di bendang

Foto: Ihsan polis

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Seorang lelaki maut akibat terkena libasan besi penyangkut semasa menarik keluar mesin padi yang tersangkut dalam bendang berdekatan Kampung Sungai Padang di Simpang Empat, di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa, Mohamad Sharif Hamdan, 36 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan pada 4.33 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati sebuah mesin pemotong padi telah tersangkut ketika memotong padi di kawasan tersebut.

Foto: Ihsan polis

“Semasa proses menarik keluar mesin padi tersebut dengan bantuan sebuah mesin padi yang lain, salah satu pencangkuk yg diikat pada mesin padi telah patah dan rantai besi yang terputus telah melibas bahagian leher sebelah kiri dan pipi mangsa yang berdiri di antara dua mesin padi tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Foto: Ihsan polis

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto: Ihsan polis

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Bagaimanapun ujarnya, polis masih meneruskan siasatan lanjut.

Loading...
Terkini