Tumpuan :
Tragedi

Pemandu Rentung Dalam Nahas Di Kabong

SARATOK : Seorang pemandu rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Nyabor, Kabong.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)² Sarawak berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11 malam tadi..

“Setibanya di lokasi Komander Operasi lapor sebuah kereta jenis KIA Sorento telah terbakar 100 peratus.

Pasukan pemadaman kemudiannya menggunakan satu aliran salur bantu mula dan foam bagi memadam kebakaran terbabit,”katanya.

Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengawal kebakaran .

Operasi pemadaman tamat jam 11.50 malam.

Jelasnya, identiti mangsa belum dikenalpasti.

Pihak bomba telah menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini