Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam laut di Terminal Maritim Lumut , LMT di sini, awal pagi tadi.
Berita penuh di https://t.co/Wr2R66s30E pic.twitter.com/4SsU2qj9ch
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 5, 2023
Oleh Shaharil Kadir
LUMUT: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam laut di Terminal Maritim Lumut , LMT di sini, awal pagi tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu jam 5.30 pagi.
Anggota bomba dari balai Sitiawan yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah lori 10 tan telah terjatuh ke dalam laut pada kedalaman 11 meter.
Penyelam Pelabuhan memaklumkan terdapat seorang mangsa, iaitu pemandu berusia 20 an berada di dalam lori berkenaan.
Operasi menyelamat turut dibantu anggota bomba balai Pulau Pangkor.
Bagi memudahkan operasi, kapal yang berada berdekatan pelabuhan telah ditarik.
Dua unit kren pelabuhan digunakan untuk membawa naik lori ke tebing.
Mangsa dibawa naik pada jam 9.45 pagi dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital sebelum diserahkan kepada pihak polis.