comscore
Tumpuan :
Tragedi

Nahas Lima Beranak: Polis Rakam Percakapan Pemandu Toyota Hilux

Lokasi nahas yang mengakibatkan lima sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang dinaiki mangsa bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Sabtu lepas. FOTO: Ihsan JBPM

IPOH:  Polis akan merakam percakapan pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima sekeluarga maut di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan pemandu wanita berusia 53 tahun itu kini dirawat di Hospital Jeli, Kelantan.

“Pemandu Toyota Hilux itu mengalami luka di dada dan paru paru dan buat masa ini sedang dirawat di hospital.

“Dalam masa terdekat kita akan mengambil rakaman percakapan apabila beliau pulih seperti biasa dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Setakat ini, polis sudah merakam percakapan dua penumpang Toyota Hilux berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 3.45 petang Sabtu lepas, Toyota Hilux dari arah Gerik ke Jeli itu dipercayai telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga berkenaan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Khomaini Baba, 32, isterinya Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, bapa dan ibu Siti Aishah iaitu Mohamad Rodhi Othman, 64 dan Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 serta anaknya Zara Hana Ahmad Khomaini, 6.

Loading...
Terkini