comscore
Tumpuan :
Tragedi

Mekanik Maut Digilis Jentolak

FOTO: NSTP

DUNGUN: Seorang mekanik maut selepas digilis jentolak dalam kejadian di tapak lombong bijih besi, dekat Bukit Besi, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang, mangsa, Kong Hon Meng, 63, yang berasal dari Blossom Park, Seremban, maut serta-merta di tempat kejadian.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang membaiki jentolak yang mengalami kerosakan.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang berdiri jentera di atas rantai jentera terbabit.

“Ketika cuba menghidupkan enjin jentera itu, jentera berantai terbabit tiba-tiba bergerak yang menyebabkan mangsa terjatuh ke tanah,” katanya.

Baharudin berkata, mangsa dikatakan gagal menyelamatkan diri sebelum jentera itu bergerak lalu menggilis mangsa.

“Mangsa parah di bahagian badan dan disahkan meninggal serta-merta di tempat kejadian.

“Polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini