comscore
Tumpuan :
Tragedi

Mayat lelaki lemas ditemui

Operasi mencari mayat Mohd Azwar Aziz tamat jam 3.09 petang hari ini.

KOTA BHARU: Mayat lelaki yang lemas di sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa, dijumpai pada jam 2.40 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Jainal@Zainal Madasin, berkata mangsa, Mohd Azwar Aziz, 38, dijumpai pada jarak empat kilometer dari jambatan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, untuk tujuan bedah siasat. Operasi pencarian ditamatkan pada jam 3.09 petang.

“Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh dan Pengkalan Kubor terbabit dalam operasi hari ini,” katanya dalam sidang media di IbuPejabat JBPM Tunjong, hari ini.

Isteri mangsa, Siti Najwa Kamarudin, 28, ketika dihubungi mengakui masih terkejut dengan apa yang terjadi namun bersyukur kerana jenazah suaminya ditemui.

“Luluh hati saya melihat anggota bertugas mengangkat sekujur tubuh suami yang keluar dalam keadaan sihat sahaja pagi tadi.

“Saya perlu kuat demi anak-anak dan berharap agar urusan pengerusan jenazah suami dapat dilakukan segera,” katanya.

Loading...
Terkini