comscore
Tumpuan :
Tragedi

Maut Dipercayai Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Seorang pekerja penyelenggaraan ditemui maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang saluran air kumbahan di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, mangsa, Yazali Yakub, 54, ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam lubang berkenaan.

Tambahnya, Pusat Kawalan IPD Batu Pahat menerima panggilan jam 8.20 malam.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan yang mempunyai kedalaman lebih kurang 4 meter”

“Mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Penggaram dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Loading...
Terkini