Seorang pemandu treler muatan konkrit terpaksa menahan kesakitan akibat tersepit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 6, Lebuhraya Linkedua, Kampung Tiram Duku, Gelang Patah.
Nahas berlaku kira-kira jam 3.42 petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.42 petang tadi.
“Satu jentera FRT dari BBP Iskandar Puteri dengan kekuatan keseluruhan seramai lima orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
“Setiba di lokasi kejadian, mangsa yang dikenali Qamarul Amni Md Deris, 38 didapati tersepit dibahagian tempat duduk pemandu,”katanya.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas sebelum mangsa diserahkan kepada anggota pasukan perubatan KKM.
Operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 6:52 petang.