Tumpuan :
Super Highlight

Korban banjir pertama Terengganu

Anggota APM sedang menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di rumah dekat Besut, Terengganu. – FOTO: APM

BESUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 1 bulan, menjadi korban pertama banjir di Terengganu.

Mangsa dikenali sebagai, Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan, dilaporkan lemas selepas terjatuh melalui pintu dapur rumahnya yang dinaiki air sebelum dihanyut arus deras.

Kejadian berlaku di Kampung Apal, Jerteh, Besut, Terengganu, kira-kira jam 3.00 petang tadi.

Ketika kejadian, ibu saudara mangsa sedang membuat persiapan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Mangsa dilaporkan keluar sendiri melalui pintu dapur sebelum terjatuh.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui oleh penduduk kampung, di dalam parit berhampiran rumah, kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian, jam 3.40 petang.

Anggota APM sedang menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di rumah dekat Besut, Terengganu. – FOTO: APM

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohami Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Malang tidak berbau dan saya bersimpati dengan keluarga mangsa. Saya harapkan selepas ini mangsa banjir lebih berhati-hati dan sentiasa cakna dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk berpindah ke PPS”, ujarnya.

Beliau turut menasihati orang ramai terutama mangsa banjir yang terdedah dengan bahaya, sentiasa berwaspada dan ketika berdepan dengan bencana itu.

Loading...
Terkini