Tumpuan :
Tragedi

Kereta Dinaiki 4 Sekeluarga Langgar Pokok, Isteri Maut Tiga Lagi Cedera

SHAH ALAM : Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di Persiaran Raja Muda, Seksyen 6 di sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima laporan berkenaan kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki empat sekeluarga pada jam 3.11 petang.

“Siasatan awal mendapati, pemandu berumur 43 tahun memandu dari Bulatan Bestari menghala ke Bulatan Mestika, mendakwa stereng kenderaannya tiba-tiba tersekat menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan”

Isteri pemandu berumur 29 tahun maut ditempat kejadian.

Pemandu bersama dua anaknya masing-masing berumur 2 tahun dan 8 bulan mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan.

Mayat juga dibawa ke hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 APJ 1987.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul bin Suhiami di talian 011-31215697.

Loading...
Terkini