HONG KONG: Kebakaran dilapor berlaku di tingkat atas bangunan pencakar langit yang sedang dalam pembinaan di kawasan Tsim Sha Tsui di Hong Kong dan telah merebak ke bangunan bersebelahan pada awal pagi ini.
Serpihan yang jatuh dari tapak pembinaan yang terbakar membawa kepada kebakaran yang lebih kecil terhadap bangunan bersebelahan yang segera dipadamkan oleh perkhidmatan kecemasan, lapor media tempatan.
Dalam amaran awam, Jabatan Bomba Hong Kong menasihatkan penduduk yang terjejas oleh asap supaya menutup pintu dan tingkap mereka, manakala media tempatan melaporkan bahawa lebih 100 orang yang tinggal di kawasan itu telah dipindahkan.
Menurut laporan Reuters, lokasi itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan semula di tapak Mariner’s Club lama.
Punca kebakaran itu bagaimanapun belum diketahui selain tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – REUTERS