comscore
Tumpuan :
Tragedi

Enam cedera termasuk empat kanak-kanak dalam kemalangan babitkan tiga buah kereta

FOTO : Ihsan JBPM Johor

Oleh Zahir Senapiah

MERSING: Enam termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta berhampiran Ladang PPMJ Wakaf Islam, Sungai Ambat menuju Ke Kota Tinggi, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Jabatan bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Kanan II Anuar Hussien, kejadian dilaporkan berlaku jam 9 pagi tadi membabitkan tiga buah kereta iaitu Perodua Axia, Proton Exora, dan Perodua Bezza.

Katanya, sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

FOTO : Ihsan JBPM Johor

Katanya, hasil siasatan awal mendapati tujuh lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa yang cedera dari kereta Perodua Bezza telah dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Identiti semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan berkenaan sedang dikenal pasti.

Punca sebenar kemalangan masih disiasat.

Loading...
Terkini