Empat sekeluarga maut apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Lebuhraya Sultan Iskandar, ibu negara pagi tadi.
Keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Komander Operasi Bomba, Hamdan Samad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.52 pagi.
Berdasarkan maklumat awal, sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun menghala ke arah Seremban dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Kenderaan berkenaan kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV yang dinaiki empat sekeluarga.
Empat mangsa berkenaan pasangan suami isteri berusia 32 dan 31 tahun serta dua anak mereka yang berusia 4 dan 3 tahun.
Punca sebenar kejadian masih disiasat.