KAJANG: Remaja lelaki terselamat, sementara bapa dan adik lelakinya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di kolam takungan, Taman Cahaya, Sungai Chua, Kajang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata laporan awal membabitkan tiga mangsa iaitu bapa, 50-an, dan anaknya berusia 15 serta 18 tahun menaiki bot sebelum ia terbalik.
“Anak mangsa berusia 18 tahun terselamat, manakala dua lagi mangsa dikhuatiri lemas di mana anggaran kedalaman tasik adalah 30 meter.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan,” katanya.