comscore
Tumpuan :
Tragedi

BOT KARAM: Bot Karam : 10 Warga Indonesia Dikhuatiri Lemas Di Perairan Batu Putih

FOTO: APMM Johor

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU : 10 warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki karam kira-kira 9.5 Batu Nautika dari Tanjung Penyusop, Perairan Batu Putih, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC), pihaknya menerima maklumat jam 4 pagi daripada pemandu bot terbabit.

Katanya, bot berkenaan yang dipercayai membawa 10 pendatamg tanpa izin dalam perjalanan menuju ke Batam.

Susulan itu Operasi carilamat dilancarkan jam 4.05 pagi tadi.

Sebuah bot PERKASA 30 Dari Maritim Zon Tanjung Sedeli telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas pengadu gagal dihubungi.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini