comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bayi Dan Wanita Maut, 3 Lagi Cedera Myvi Terbabas Ke Dalam Parit

BATU PAHAT: Dua termasuk bayi maut, manakala tiga lagi terselamat selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik ke dalam parit di Kilometer 141.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 6.19 pagi membabitkan kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima mangsa.

“Terdapat tiga mangsa berjaya keluar sendiri, manakala dua orang lagi tidak sedarkan diri dipercayai lemas.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dan segera memberi bantuan pernafasan namun tiada tindak balas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan dan mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa yang  meninggal dunia dikenali Nor Dalila Ilyia Abu, 36, dan bayi lelaki, Khalis Mohd berusia satu tahun

Mangsa terselamat Mohd Khusairi Mohd Khaida, 39, Nur Ulmiyah Nuha, 9 dan Nur Nadiah Husna, 6.

Loading...
Terkini