comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bas ekspres terbakar, 20 penumpang selamat

 

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Seramai 20 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang naiki terbakar di Jalan Duta dari arah KL Sentral, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Fadil Hesam Mohamed berkata, pihak bomba menerima maklumat kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.23 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan BBP Sri Hartamas dengan kekuatan 17 anggota telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Bas ekspres dua tingkat (Pancaran Matahari) musnah dalam kebakaran dianggarkan 50 peratus. Bagaimanapun 20 penumpang selamat,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Katanya, kebakaran dapat dikawal pada jam 11.47 malam dan padam sepenuhnya 12.09 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini