Oleh Buletin TV3
PAPAR: Bangunan asrama sebuah sekolah tahfiz di Kampung Sungai Padang, terbakar awal pagi tadi.
Dalam kejadian 5.20 pagi itu, asrama yang menempatkan pelajar tahfiz mengalami kerosakan kira-kira 40 peratus.
Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.36 pagi.
Katanya, 10 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Papar dikerah ke lokasi kejadian.
“Kejadian membabitkan asrama jenis kekal dengan keluasan 111.4 meter persegi yang hanya mengalami kebakaran sekitar 40 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 91 meter dengan dua pancutan dari sumber air dari pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Api berjaya dikawal pada jam 6.25 pagi.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.