comscore
Tumpuan :
Tragedi

12 Pelajar Cedera Van Sekolah Dinaiki Terbabas

SEPANG: Seorang pemandu dan 12 pelajar sekolah cedera apabila van sekolah dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 6.7 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Plaza Tol Ayer Hitam, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata susulan kejadian itu, pemandu dan pelajar berusia antara lapan hingga 16 tahun itu dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pemandu patah kaki kiri, manakala dua pelajar perempuan masing-masing berusia lapan tahun menerima rawatan di zon merah Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Wan Kamarul Azran berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 2 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila van membawa 12 penumpang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dari arah Kajang menghala ke Plaza Tol Ayer Hitam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.—BERITA HARIAN

Loading...
Terkini