KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan maut dalam kejadian tanah runtuh di Wisma YPR, Taman Seputeh, di sini, tengah malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Rizuan Razali, mangsa yang tertimbus pada kedalaman tiga meter, dibawa keluar dari runtuhan pada jam 6.23 pagi tadi dan disahkan meninggal dunia .
TANAH RUNTUH WISMA YPR | Mangsa dibawa keluar jam 6.23 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik – Bomba pic.twitter.com/3mpqqg6CTS
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 3, 2023
Dalam satu kenyataan, bomba memaklumkan menerima panggilan kecemasan jam 12.54 tengah malam dan menggerakkan 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Seputeh, unit STORM dan K9 ke tempat kejadian.
“Runtuhan batu penahan tebing telah menghempap pondok pengawal ketika mangsa berada di dalam sekaligus menyebabkan mangsa tertimbus.