comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Nora, Nedim bercerai talak satu

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Selepas mendirikan rumah tangga selama lebih tujuh tahun, pasangan, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi.

Ketika ditemui selepas selesai prosiding, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42, sangat mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

“Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini, malam ini.

“Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.

“Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga.

“Saya harap tiada teori mengenai perpisahan kami. Ini kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41, enggan mengulas lanjut.

Nedim hadir tanpa peguam, manakala Nora diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Badri Idris.

Sebelum itu, Nora berjubah putih hadir bersama Nedim menaiki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam pada jam 7.40 malam.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini