comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia ‘mandi peluh’ sebelum lepasi pusingan pertama Badminton Terbuka Australia

Zii Jia dipaksa berkerja keras sebelum mengatasi pemain muda India S.Sankar Subramaniam pada pusingan pertama Badminton Terbuka Australia. FOTO: BAM

PETALING JAYA: Pemain badminton nombor satu negara Lee Zii Jia dipaksa berkerja keras oleh lawan tidak ternama dari India S.Sankar Subramaniam sebelum mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka Australia di Sydney hari ini.

Zii Jia yang mendudukki ranking ke-8 dunia memerlukan 1 jam 4 minit mengatasi tentangan sengit dalam permainan tiga set S.Shankar yang berada di tangga ke-78 dunia.

Menang 21-16 pada set pertama, Zii Jia terpaksa akur dengan kebangkitan  S.Shankar pemain  berusia 20 tahun kelahiran Chennai itu apabila tewas 18-21.

Sedar kemampuan S.Shankar, Zii Jia memperkemaskan rentak permainan untuk menamatkan tentangan lawan 21-10 pada set penentuan.

Pusingan kedua esok, Zii Jia akan berdepan rakan senegara Soong Joo Ven.

Joo Ven pada pusingan pertama mengalahkan pemain Kanada Viktor Lai 21-12, 21-16.

Sementara itu beregu campuran Choong Hon Jian-Go Pei Kee mencipta kejutan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua apabila menumpaskan pilihan ke-4 dari Indonesia, Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati.

Hon Jian-Pei Kee bangkit kejutkan pilihan ke-4 dari Indonesia Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati untuk mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka Australia. FOTO: BAM

Tewas 24-26  pada set pertama, Hon Jian-Pei Kee menampilkan kebangkitan bergaya menang dua set berikutnya 21-17, 21-14 pada perlawanan yang mengambil masa 1 jam 10 minit itu.

Menanti mereka pada pusingan kedua esok pasangan tuan rumah, Timotius Elbert –  Maureen Clarissa Wijaya.

Semalam, Hon Jian dalam acara beregu lelaki bergandingan dengan Muhammad Haikal turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengalahkan wakil tuan rumah, Jordan Yang- Frederick Zhao

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini