comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia kini di ranking ke-4 dunia 

PETALING JAYA: Perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia kini menempatkan kedudukan di tangga keempat dunia.

Pemain berasal dari Alor Setar Kedah itu melonjakkan diri dua anak tangga berbanding kedudukan keenam dunia sebelum ini.

Kedudukan kemas kini ranking itu dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Walaupun tidak bernasib baik di Terbuka Jepun minggu lalu, namun hasil yang dituai ketika temasya Olimpik baru-baru ini dengan membawa pulang pingat gangsa sudah cukup untuk Zii Jia diletakkan dalam 4 kelompok terbaik dunia.

Pemain berusia 26 tahun itu mengumpul 83,716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.

Ranking pertama kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen di tempat kedua dan Jonatan Christie dari Indonesia di ranking ketiga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini