Tumpuan :
Sukan

Zii Jia, Jun Hao bawa cabaran negara di suku akhir

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUMAMOTO: Pemain perseorangan lelaki negara terus mencatat rentak positif di Masters Jepun apabila melepasi halangan pusingan kedua hari ini.

Sandaran utama, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao memastikan penampilan dua wakil Malaysia di fasa lapan terbaik esok selepas mempamerkan aksi meyakinkan ketika berdepan lawan masing-masing.

Zii Jia selaku pilihan kelima berjaya mengelak kejutan daripada Su Li Yang dari Taiwan.

Pemenang gangsa Olimpik Paris itu bangkit dari tersilap langkah tewas 19-21 di permainan permulaan sebelum menamatkan cabaran pemain dari pusingan kelayakan dengan catatan 21-8, 21-16.

Momentum Jun Hao juga makin memuncak hasil dari kemenangan ke atas Lakshya Sen pusingan pertama semalam apabila menjinakkan Koki Watanabe.

Pemain dari Jepun itu menjadi mangsa keduanya menerusi keputusan 21-10, 16-21 dan 21-13 dalam pertarungan yang memakan masa 79 minit di Kumamoto Prefectural Gymnasium.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini